Oleh pada 07 May 2024 kategori

Kredit foto: Instagram Sooka Malaysia

       

Episod perdana siri komedi seram 'Dr Pontianak' baru sahaja ditayangkan dan netizen sudahpun memberikan respon yang hangat!

         

dr pontianak drama

Kredit foto: Instagram Wan Alauddin

       

Drama yang dibintangi oleh Kimberly Chuah dan Mierul Aiman, yang sebelum ini dikenali dengan peranannya sebagai Fakhri dalam siri Original Astro berjudul Projek: High Council, telah menjadi tular di media sosial. Kebanyakan mereka menyatakan keterujaan untuk menantikan episod seterusnya sambil mengatakan bahawa plot cerita drama ini sangat menggeletek hati.

        

Sinopsis Dr Pontianak

Kisah seorang doktor terperangkap dalam nasib tragis sebagai seekor Pontianak...

Dr Pontianak mengisahkan tentang Dr Vivy, seorang pelatih perubatan berusia 26 tahun yang terjaga pada suatu pagi dengan kecederaan serta paku tersemat di belakang lehernya. Kejadian aneh ini tidak hanya menyebabkan keinginannya terhadap darah, malah juga memunculkan seekor Pontianak yang ganjil bernama Edna di pandangannya.

Seiring perjalanan hidupnya, Edna menjadi teman Dr Vivy yang berdepan dengan keresahan dan kekacauan, terutamanya ketika dia terpaksa menyesuaikan diri dengan kehidupan baru dan diet pemakanan yang memerlukan darah. Namun yang lebih mengejutkan, paku di leher Dr Vivy memberikan petunjuk tentang identitinya yang sebenar, yang disahkan oleh Pak Us, seorang bomoh yang mendiagnosis Dr Vivy sebagai Pontianak, selepas dia berubah menjadi makhluk menakutkan!

        

Baca: Biodata Pelakon Kimberly Chuah

Baca: Info Dan Sinopsis Drama Berepisod Bercakap Dengan Jun (Slot DramaVaganza Astro Ria)

Baca: 10 Filem Seram Thailand 'Berhantu' Terbaru Mesti Tonton, Juga Tersedia Online!

        

dr pontianak movie

Siri Dr Pontianak ialah hasil kreativiti yang bukan adaptasi daripada karya novel. Kredit foto: Instagram Kimberly Chuah

        

Pelakon / Cast

Antara yang dipertaruhkan adalah Mierul Aiman, yang pernah memerankan watak Fakhri dalam drama premium Astro Originals, High Council.

Mierul berpasangan dengan aktres baharu, Kimberly Chuah, dalam drama ini.

        

dr pontianak astro

Kredit foto: Instagram Mierul Aiman

        

Selain itu, beberapa pelakon hebat lainnya adalah Sharifah Sakinah, Rashidi Ishak, Sathis Varan, Riesha Aslan, Marsya A Zamani, Farhana Fahizam, Nazeri Md Isa dan Kumika.

Turut membuat penampilan ialah Haidar Hasanudin, Silfeny Osman, Haeriyanto Hassan, Raja Ema, Hafiz Halim, Amir Nafis, Areef Amran dan Kismah Johar (penampilan khas).

        

Watak Pelakon

Kimberly Chuah sebagai Doktor Vivy

Sharifah Sakinah sebagai Edna

Mierul Aiman sebagai Doktor Adam

Rashidi Ishak sebagai Doktor Ghani

Sathis Varan sebagai Doktor John

Marsya A Zamani sebagai Nurse Yuli

Riesha Aslan sebagai Doktor Linda

Farhana Fahizam sebagai Nurse Aireen

Kumika sebagai Toyol

Nazeri Md Isa sebagai Pak Us

Haidar Hasanudin sebagai Boy G

Silfeny Osman sebagai Dahlia

Amir Nafis sebagai Rumi

Areef Amran sebagai Wayan & Wayan Raya

Hafiz Halim sebagai Khalil

Haeriyanto Hassan sebagai Mahfuz

Raja Ema sebagai Saleha

Kismah Johar sebagai Nenek Jane

        

Pengarah Dan Syarikat Produksi

Karya "Dr Pontianak" yang dihasilkan oleh Kl Motion Picture diberi sentuhan arahan oleh Wan Alauddin Wan Zainuddin dan Wan Hasliza Wan Zainuddin, manakala skrip ditulis oleh Wan Hasliza Wan Zainuddin bersama Keen Kong.

        

Lagu Tema (OST)

Tajuk: Artificialized

Artis: Pusher

Komposer / Adunan: Alak, Shimi & Toleb

         

dr pontianak episod

Kredit foto: Instagram Farhana Fahizam

       

Tarikh Dan Waktu Tayangan

Tonton 'Dr Pontianak' mulai 3 Mei 2024 di Astro Warna, saluran 107, setiap hari Jumaat, jam 10 malam. Penonton juga dapat menyaksikan secara strim di platform On Demand, Astro Go dan Sooka. Terdapat 4 episod yang disediakan secara percuma untuk semua pengguna di aplikasi Sooka!

       

Tajuk cerita? Dr Pontianak

Berapa episod? Akan dikemaskini

Setiap hari apa? Jumaat

Bila tayang? Pukul 10 malam

Tonton di mana? Saluran Astro Warna (107) dan platform online, Astro Go serta Sooka

        

Kredit video: Dr Pontianak Trailer

         




Hakcipta iluminasi.com (2017)